Lindungi Diri Anda Dan Keluarga Sebelum Terlambat! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Lindungi Diri Anda Dan Keluarga Sebelum Terlambat!


Hari-hari kita semua main phone, buka Facebook, tengok Youtube, layan Twitter dan pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan kita buat tapi pernah terfikir tak dalam keseronokan tu tiba-tiba dapat tahu yang kita rupanya dah terkena penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung, strok dan banyak lagi yang lain. Bila dapat tahu, rupanya penyakit dah pun di tahap yang serius.

Masa buat rawatan barulah nak menyesal sebab selama ni tak jaga kesihatan dan lebih parah lagi, langsung tak ada langkah awal dari segi kewangan bila sakit. Masa tu juga menyesal sebab tak pernah langsung ambil tahu tentang insurans diri.

Penyakit berbahaya ni boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa jer dan diri kita tidak terkecuali tak kiralah muda ataupun tua. Mungkin lah ada yang tahu tentang perlindungan perubatan atau kad perubatan untuk diri sendiri dan keluarga ni kan?


Bagus lah tu kerana ia penting untuk menampung kos rawatan di hospital dan perubatan. Tetapi adakah perlindungan perubatan sahaja dah mencukupi? Lebih-lebih lagi jika kita kita disahkan menghidap penyakit kritikal?

Ohmedia sarankan korang tonton video kat bawah ni. Tengok macam mana penyakit kritikal seperti strok yang tak mengenal usia boleh beri kesan bukan sahaja pada diri kita tetapi orang yang kita sayangi.


Ini perlindungan terbaik untuk dimiliki

Sudah tentu kita mahukan rawatan dan penjagaan yang terbaik bila ditimpa penyakit kritikal tu, betul tak? Untuk perlindungan penyakit kritikal, Ohmedia sarankan untuk ambil pelan PRUMy Critical Care dari Prudential sebab pelan ini boleh membantu untuk mengurangkan bebanan kewangan apabila ditimpa penyakit kritikal dengan pembayaran sekaligus kepada kita. Jadi, kita boleh lebih fokus pada usaha untuk kembali pulih secepat mungkin.

Satu lagi Ohmedia nak kongsi tentang perbezaan antara pelan perlindungan perubatan/kad perubatan dengan pelan perlindungan penyakit kritikal. Kedua-duanya adalah pelan insurans yang berbeza tau. Pelan insurans/kad perubatan penting dan perlu, sebab ia merangkumi perbelanjaan perubatan dan rawatan di hospital. Sebarang tuntutan yang dibuat akan dibayar kepada hospital.


Manakala perlindungan penyakit kritikal pula membayar jumlah sekaligus kepada pelanggan yang boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan selain daripada kos perubatan dan rawatan di hospital. Contohnya, rawatan alternatif sama ada di dalam atau luar negara, supplements, pengambilan bantuan untuk menjaga pesakit sewaktu proses pemulihan, keperluan lain kerana gaya hidup yang berubah, menggantikan pendapatan yang mungkin terjejas sebab proses pemulihan yang mengambil masa yang lama dan sebagainya.

Tuntutan berganda sehingga 400%?

Apabila seseorang didiagnosis dengan penyakit yang mengancam nyawa, biasanya keperluan kewangan lebih besar daripada kos rawatan biasa. Dengan adanya PRUMy Critical Care ni, kita boleh dapatkan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif dengan tuntutan berganda sehingga 400% jumlah diinsuranskan rider dan juga perlindungan tambahan manfaat istimewa untuk keadaan yang berkaitan diabetik dan sendi.

Diagnosis semula untuk 3 penyakit kritikal utama

Kanser, serangan jantung dan strok / angin ahmar adalah antara penyakit kritikal yang paling lazim di Malaysia. Walaupun peluang untuk pulih lebih tinggi sekarang dengan kemajuan perubatan, tapi seseorang tu mungkin didiagnosis dengan kanser, serangan jantung atau strok/angin ahmar untuk kali kedua. Sebab tu lah pelan PRUMy Critical Care juga memberi perlindungan diagnosis semula untuk 3 penyakit kritikal utama tersebut.

Bukan tu je tau. Selalunya pelan penyakit kritikal hanya melindungi di peringkat akhir saja, tapi PRUMy Critical Care memberi perlindungan dari peringkat awal sampai akhir untuk pastikan kita tetap dilindungi.

Pembayaran sekaligus sebagai pengganti pendapatan

Bila ditimpa penyakit kritikal, mungkin pendapatan kita terjejas sebab kita tak boleh teruskan pekerjaan atau perniagaan. Bukan itu saja, perbelanjaan hidup kita dan keluarga masih berterusan. Gaya hidup akibat penyakit kritikal pun mungkin berubah dan memerlukan perbelanjaan.

Jadi, perlindungan penyakit kritikal melalui pembayaran sekaligus kepada kita boleh digunakan sebagai pengganti pendapatan kita. Ia juga membolehkan kita memberi tumpuan untuk mendapatkan penjagaan sewajarnya dan yang terbaik untuk pulih (selain daripada kos hospital, rawatan dan perubatan yang dilindungi di bawah insurans kesihatan/perubatan) sambil menampung kos harian yang lain.



Dikuasakan oleh Blogger.