Header Ads

Lima Selebriti Yang Lahir Dari Maharaja Lawak



Harini sis nak kongsikan sikit dekat korang tentang selebriti yang lahir melalui rancangan realiti komedi Raja Lawak. Mereka ni mula-mula orang biasa saja. Tapi sebab mereka nak kembangkan bakat mereka tulah mereka menyertai rancangan Raja Lawak ni.

 Mereka ini merupakan top 3 dalam Raja Lawak tapi berlainan tahun. Ada yang dari musim pertama, musim kedua dan juga musim ketiga. Kenapa sis pilih mereka untuk kongsikan dekat korang sebab mereka ni merupakan selebriti yang popular dan terkenal sekarang. Sebut je nama mesti orang kenal punya.

1. Johan Raja Lawak



Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz merupakan seorang pelawak dan pelakon. Beliau merupakan peserta Raja Lawak musim pertama dan telah mendapat tempat ketiga pada musim itu. Johan juga merupakan anak saudara kepada pelawak veteran iaitu Salih Yaacob.

2. Nabil Ahmad



Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Haji Ahmad Nabil bin Ahmad merupakan seorang  pelawak, pengacara, penyanyi dan juga pelakon. Beliau mula terkenal sejak menjuarai rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak musim kedua.

3. Jep Sepahtu



Jep Sepahtu atau nama sebenarnya ialah Mohd Nadzri bin Zainal Abidin merupakan seorang pelawak, pelakon dan juga pengacara. Beliau ialah bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak musim ketiga. Selepas mereka berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang dianggotai Shuib.

4. Shuib Sepahtu



Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya ialah Shahmira bin Muhamad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Sepah yang menjadi juara dalam program realiti Raja Lawak Musim 3. Kini beliau bergabung dalam kumpulan Sepahtu bersama rakan baiknya, Jep.

5. Jihan Muse




Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Muse merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan juga model. Beliau merupakan bekas peserta Raja Lawak musim ketiga. Beliau dinobatkan sebagai naib juara pada musim itu.

Mereka tak berhenti sampai disitu saja. Malah mereka juga ada yang menjadi pelakon, penyanyi dan juga pengacara. Murah rezeki mereka ni. Korang apa tunggu lagi, jadikan lah mereka ni sebagai inspirasi untuk korang berjaya. Sampai bila nak duduk dalam kelompok tu je, lebarkan sayap korang dengan bakat yang ada! Try je apa-apa yang ada didepan mata korang tu tau!




+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Dikuasakan oleh Blogger.