Ratu Rock Negara Ella, Hujan, Bunkface, K-Clique Sepentas Gegarkan Hausboom Music 2019 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ratu Rock Negara Ella, Hujan, Bunkface, K-Clique Sepentas Gegarkan Hausboom Music 2019


Siapa tak kenal dengan produk minuman Hausboom yang selalu tampil dengan kelainan dan gaya terkini yang menjadikan mereka antara syarikat tempatan bumiputera yang mampu bersaing dengan jenama antarabanga. Untuk pengetahuan korang syarikat Hausboom telah beroperasi sejak tahun 2016 lagi dan kini mempunyai enam perisa jus buah berkarbonat. Pergi mana-mana sekarang semua kedai ada jual Hausboom ni, bahkan turut berjaya melepasi pasaran luar negara weh.


Konsert Paling BOOM!

Terbaru, Hausboom telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan Konsert Hausboom Music 2019 yang akan berlangsung pada 10 November 2019. Pergh, terbaik lah! Konsert besar ini akan diadakan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada jam 4 petang sehingga 10 malam. Rupa-rupanya ini bukanlah penganjuran kali pertama, sebab Hausboom telah berjaya menganjurkan Hausboom Music pada tahun lepas. Maklumlah, korang tengoklah sendiri senarai artis yang akan lakukan persembahan tahun ni.


K-Clique Pun Ada Weh!

Korang akan dapat layan persembahan dari kumpulan Hujan, ratu rock negara Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, Budak Nakal Hujung Simpang, B-Heart dan K-Clique. Wahhh siapa je yang tak kenal semua artis ni kan? Ohmedia dapat rasakan Konsert Hausboom music tahun ni akan mencipta sejarah tersendiri di mana muzik rock, hip hop, reggae dan ska akan bersatu di atas pentas.


Lebih Dari 7000 Tempat Duduk Tersedia

Jadi boleh dikatakan setiap tahun Hausboom pasti akan adakan konsert macam ni dan korang tak perlu risau sebab Hausboom akan menyediakan lebih dari 7000 tempat duduk dan kapasiti ini ditingkatkan berikutan sambutan yang amat menggalakkan tahun lepas. Haa, jadi inilah masanya untuk jumpa idola korang.


Tiket Hanya Serendah RM30

Tahu korang tengah teruja tu kan. So, baik cepat-capat tempah tiket sekarang melalui mobil TicketApps bermula hari Jumaat ni 18 Oktober 2019. Harga tiket konsert ini pun sangat berpatutan iaitu RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (Rock Zone).


4000 Tiket Terjual Dalam Masa 48 Jam

Setakat ini Ohmedia dimaklumkan yang sebanyak 4000 tiket telah pun SOLD gais! Tak sampai 48 jam open dah kena sapu. So, jangan buang masa lagi, cepat tempah tiket korang. Untuk pengguna iOS boleh tekat di sini dan pengguna Android tekan di sini ok. Jumpa korang dekat sana nanti dan jom kita nyanyi sama-sama.







Dikuasakan oleh Blogger.