Komik Propaganda Dilarang Di Malaysia, Kata Kementerian Dalam Negeri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Komik Propaganda Dilarang Di Malaysia, Kata Kementerian Dalam Negeri

Sumber gambar dari Malaysian Gazette
Semalam pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan terhadap naskah komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama untuk semua versi terjemahan. Warta perintah larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

KDN memaklumkan bahawa naskah buku berkenaan mempunyai kandungan yang mampu memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan selain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme yang menyebarkan fakta yang salah dan mengeirukan tentang komunis.

"mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301 tersebut." pihak KDN

Kalau korang mendapati masih ada penerbitannya dipasaran senang cerita ternapak buku ni kat mana-mana, korang buat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.