Kira-Kira Selama Sebulan Laluan Persimpangan Bertingkat Di Yong Peng Akan Ditutup - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kira-Kira Selama Sebulan Laluan Persimpangan Bertingkat Di Yong Peng Akan Ditutup


Gambar Hiasan


Dengar cerita yang laluan di persimpangan bertingkat Yong Peng (utara) di kilometer 99.30 Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup oleh Plus Malaysia Berhad (PLUS) kerana kerja-kerja menaik taraf jalanraya akan dilakukan kira-kira 29 hari mulai 22 Oktober-19 November ini.

Pengguna lebuhraya dari arah Johor Bahru dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif untuk ke Yong Peng, Segamat dan Patu Pahat. Laluan alternatif yang dimaksudkan ialah dengan melalui Plaza Tol Yong Peng (selatan) di kilometer 94.55 melalui Jalan Persekutuan dan boleh juga melalui Plaza Tol Ayer Hitam di kilometer 80.22 melalui Jalan Persekutuan. Tetapi, untuk pengguna yang menghala ke Johor Bahru atau Kuala Lumpur, laluan masuk Plaza Tol Yong Peng (utara) tetap dibuka dan beroperasi seperti biasa. 

Pelanggan lebuhraya yang menggunakan laluan dari arah Kuala Lumpur juga boleh keluar ke Plaza Tol Yong Peng (utara) unutuk ke Yong Peng, Batu Pahat dan Segamat. Semua pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan seelok-eloknya dan mematuhi semua papan tanda arahan.

Sumber : Bernama



+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.