Kerana Majikan Gagal Sedia Prosedur Kerja Selamat, Seorang Operator Temui Ajal! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerana Majikan Gagal Sedia Prosedur Kerja Selamat, Seorang Operator Temui Ajal!

Sumber gambar dari Sinar Harian
Seorang operator di sebuah kilang di Taiping menemui ajal setelah tangannya tersepit antara liner dan roller sebuah mesin. Mangsa bernama Saad Khamis, berumur 48 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan sekerja.

Sumber gambar dari Fcebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia 
Bertindak dari itu, sepasukan penyiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di hantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati majikan berkenaan gagal menyediakan prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko legkap pada mesin berkenaan.

Akibatnya, majikan berkenaan menerima notis larangan kepada pemilik premis serta kerja-kerja pengendalian mesin berkenaan dihentikan serta merta-merta. Dipetik dari Sinar Harian, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.