Kapal Tunda Rempuh Rumah Wanita Sarat Tujuh Bulan Mengandung - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kapal Tunda Rempuh Rumah Wanita Sarat Tujuh Bulan Mengandung

Gambar Hiasan


Rumah yang didiami seorang suri rumah yang sedang sarat mengandung 7 bulan di Sibu, Sarawak telah dirempuh sebuah kapal tunda. Dikatakan kejadian berlaku kira-kira pada jam 9.30 pagi tadi apabila dia mendengar jeritan jiran-jirannya dan terus bergegas keluar daripada bilik air. 

Semasa kejadian, suaminya sedang bekerja dan anak-anaknya sedang bersekolah, kata suaminya, Abdul Razak Ayat yang berusia 52 tahun. Dia juga menyatakan bahawa rumah yang di didiaminya itu adalah rumah sewa dan rumah tersebut rosak dan tidak selamat diduduki akibat rempuhan kapal tersebut.

Pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sibu sedang menjalankan siasatan keatas kejadian tersebut dan pihak polis juga telah menerima laporan lengkap tentang kejadian tersebut.

Sumber : Bernama



+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.