Ini Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Yang Protes Diatas Pentas! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ini Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Yang Protes Diatas Pentas!


Masih ingat seorang graduan UM yang protes diatas pentas konvokesyen sambil melaungkan "Undur VC, ini tanah Malaysia!". Ramai yang memberi respon termasuk NGO sehingga petisyen untuk menarik balik skrol, transkrip dan ijazah dilancarkan kerana tindakan graduan berkenaan yang dikatakan tidak menghormati majlis rasmi.

Sumber gambar dari Free Malaysian Today
Apa yang Ohmedia tahu setakat ini graduan berkenaan bertindak melakukan perkara berkenaan kerana tindakan VC UM menghadiri Kongres Maruah Melayu yang baru-baru ini diadakan di Stadium Melawati.

Hari ini pihak UM melalui Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim berkata pihaknya tidak akan menahan atau menarik balik skrol, transkrip dan ijazah graduan berkenaan dan memaklumkan pihaknya sudah melakukan pengedaran skrol dan transkrip secara berpusat sejak 12 Oktober lepas.


Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Dikuasakan oleh Blogger.