Ini Jawapan Menteri Pembangunan Bila Ditanya Mengapa Masih Tiada Kereta Terbang Seperti Dijanjikan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ini Jawapan Menteri Pembangunan Bila Ditanya Mengapa Masih Tiada Kereta Terbang Seperti Dijanjikan


Malam ni kita teruskan lagi perbincangan kita mengenai kereta terbang pertama Malaysia. Rupanya ini alasan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang sebelum ini telah berjanji kepada semua untuk melakukan ujian terbang kali pertama pada awal bulan ini. Tapi malangnya sehingga kini tiada sebarang ujian penerbangan.

Sebab apa agaknya? Berdasarkan laporan Berita Harian, Datuk Redzuan ada menyatakan bahawa kelewatan ujian ini berpunca kerana penerapan teknologi baharu dalam inovasi kereta terbang sedang giat diadakan.

Hari ini juga, Redzuan telah menyatakan bahawa prototaip kereta terbang pertama negara itu sedang berada di Eropah bagi pembangunan terkini dan akan melakukan penerbangan pertamanya pada suku ketiga tahun hadapan. Wow, makin lama pula jadinya.

Apa agaknya teknologi yang digunakan kali ini? Korang puas tak dengan jawapan yang diberi? Kita sama-sama tunggu apa hasilnya nanti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.