Ini Empat Pasangan Selebriti Yang Popular Di Kalangan Netizen - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ini Empat Pasangan Selebriti Yang Popular Di Kalangan Netizen



Harini sis nak kongsikan sikit dekat korang tentang artis yang menarik perhatian netizen setelah mereka mendirikan rumah tangga. Makin hari tengok mereka ni makin bahagia tau. Mereka juga telah dikurniakan anak. Ada yang baru mendapat seorang anak dan ada juga yang sudah mempunyai dua orang anak.

Mereka ni terserlah apabila memuat naik gambar ke media sosial (instagram). Nampak bahagia je pasangan sama cantik sama padan ni. Nak tahu tak pasangan selebriti mana yang sis maksudkan tu? Haa dekat bawah ni sis kongsikan 4 pasangan selebriti yang popular di kalangan netizen.


1. Amar Baharin dan Amyra Rosli



Amar Baharin merupakan seorang pelakon dan juga model. Amyra Rosli pula adalah seorang pelakon, model, pengacara dan juga duta. Amar Bahrin dan Amyra Rosli berkahwin pada 11 November 2016. Kini mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

2. Hairul Azreen dan Hanis Zalikha



Hairul Azreen merupakan seorang pelakon dan pelagak ngeri. Hanis Zalikha pulamerupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara. Mereka berkahwin pada 8 Jun 2015. Kini mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

3. Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya



Awal Ashaari merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan jurucakap produk. Scha Al-Yahya pula merupakan seorang pelakon, pengacara, peragawati dan jurucakap produk. Mereka berkahwin pada 4 Mei 2012. Kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


4. Aeril Zafrel dan Wawa Zainal



Aeril Zafrel merupakan seorang pelakon dan juga model. Wawa Zainal pula adalah seorang model dan pelakon. Mereka berkahwin secara rahsia pada tahun 2013 dan dikatakan melangsungkan persandingan pada 31 januari 2015. Kini mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

So inilah 4 selebriti yang sis maksudkan dekat korang tadi. Ada ramai lagi tapi sis ambil yang top dan popular yang sering diperkatakan oleh netizen dekat luar sana. Setakat ini jelah perkongsian sis untuk harini, jangan lupa share dekat kawan-kawan dan jiran korang tau!



+Baca respon pembaca Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.