Hukum Berbual Ketika Makan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Hukum Berbual Ketika Makan


SOALAN:
Apakah dibolehkan berkata-kata ketika sedang makan?

JAWAPAN:
Bercakap ketika sedang menjamu makanan adalah diharuskan bahkan para ulama’ mengatakan dengan sunat berbual ketika sedang makan kerana ia menjinakkan dan menambah kemesraan sesama teman yang makan.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْأُدُمَ، فَقَالُوا: مَا عِنْدَنَا إِلَّا خَلٌّ، فَدَعَا بِهِ، فَجَعَلَ يَأْكُلُ بِهِ وَيَقُولُ
“Bahawasanya Nabi saw telah bertanyakan isterinya tentang lauk untuk dimakan lalu mereka menjawab: “Kami hanya mempunyai cuka.” Maka Nabi saw memintanya kemudian memakannya dan berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka. Sebaik-baik lauk ialah cuka.” [Hadith riwayat Muslim]


Telah berkata oleh Imam Nawawi:

وَفِيهِ اسْتِحْبَابُ الْحَدِيثِ عَلَى الْأَكْلِ تَأْنِيسًا لِلْآكِلِينَ
“Pada hadith ini menjadi dalil disunatkan bercakap ketika makan kerana menambah kemesraan sesama orang-orang yang makan.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.