Header Ads

"Entah Malaun Mana Yang Buat Kerja Ni" - Fizo Omar


Sis tak suka betul bila orang lain ambil kesempatan atas seseorang sampai sanggup guna nama dan gambar orang tu untuk menipu orang lain ataupun berniaga secara tidak jujur yang terjadi dekat Aafiyah, anak kepada Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Kalau korang masih ingat, kes Aafiyah tu diorang guna nama dan gambar Aafiyah semata-mata nak buat business. Bukan apa, berniagalah secara jujur. Tak perlu pun sampai guna dan gambar orang lain tanpa izin.

Manakala kes Fizo Omar pula, scammers yang guna gambar dan nama Fizo mencuba untuk ambil kesempatan ke atas orang lain. Bagi korang yang cakap 'jangan tutup periuk nasi orang' ataupun 'bukan sorang je nama tu atas muka bumi ni', haa sis nak bagitahu sikit.

Diorang marah bersebab tau, bukan saja-saja nak marah scammers ataupun peniaga yang guna nama dan gambar diorang tanpa izin tetapi contohnya kalau ada apa-apa berlaku seperti peniaga atau scammers tu tipu korang, siapa yang kena?


Orang yang tak tahu apa-apa, kena tuduh. Dah jadi fitnah pula kan. So sis taknaklah korang anggap benda ni perkara yang remeh sebab bahaya untuk masa depan kita kalau orang lain buat macam tu dekat kita nanti.

Oh ya, kalau jumpa akaun yang guna nama dan gambar orang lain, sis sarankan korang tanya dulu dekat tuan punya badan untuk mengelakkan diri daripada kena tipu dan jangan lupa report akaun tu okay!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!





Dikuasakan oleh Blogger.