Elak Ditahan, Sanggup Bahayakan Diri Terjun Dalam Laut - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Elak Ditahan, Sanggup Bahayakan Diri Terjun Dalam Laut

Gambar Hiasan


Baru-baru ini, dengan menyeludup pelbagai ubat-ubatan, seorang lelaki yang ingin melepaskan diri daripada ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) sanggup membahayakan diri dengan terjun ke dalam laut di perairan Singamata.

Sebaik saja pasukan keselamatan cuba penghampiri bot pam tersebut, dia terus memecut laju. Kira-kira hampir 15 minit mengejar, bot pam berkenaan berjaya ditahan dan didapati seorang lelaki yang mengemudi bot pam tersebut terus terjun ke dalam laut dan terus hilang tanpa dikesan. Kemudian, seorang wanita yang dipercayai rakan suspek ditahan dan didapati dengan pemeriksaan di bot pam itu, berjaya menemui pelbagai ubat-ubatan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara ubat-ubatan yang ditemui ialah kapsul Ibuprofen Paracetamol (8700 biji), kapsul Amoxicilin 500 miligram (10,000 biji), ubat jenis Zeozep Foete (400 biji), Dexamethasone (220 biji) dan 9000 botol kaca (1 ml) dan Cytotec Tablets (144 biji).

Dua unit enjin bot pam dan telefon bimbit serta sim card turut juga dirampas yang beranggarkan sebanyak RM118,170.00. Suspek wanita tersebut akan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut bersama barang-barang rampasan mengikut Akta Farmasi 1951.

Sumber : Berita Harian


+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.