Dua Solat Jemaah Dalam Satu Masjid - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dua Solat Jemaah Dalam Satu Masjid


SOALAN:
Apakah hukumnya dua solat jemaah dalam satu masjid pada waktu yang sama?

JAWAPAN:
Gambaran dua solat jemaah dalam masa yang sama dalam satu masjid adalah satu perkara bid’ah yang mendatangkan kemusykilan kepada manusia.

Dan hukum pada yang demikian itu bersalahan dengan sebab bersalahan adanya imam rawatib dan terjadinya fitnah dan seumpamanya.

Maka jika adalah masjid itu mempunyai imam rawatib dan punya muazzin dan tujuan orang yang solat itu hendak memecah belahkan kaum Muslimin dengan solat tersebut dan mendatangkan fitnah ke atas mereka dengan mengerjakan jemaah yang kedua sedangkan sudah ada jemaah yang pertama, maka hukumnya adalah haram dan perbuatan yang keji serta sah solat mereka.

Dan jika tidak bertujuan demikian itu dan mereka tidak perasan sudah ada jemaah yang pertama lalu mereka solat maka solat mereka sah tanpa berdosa.

Dan sayugia kita semua lakukan perkara yang menjadikan bersatu umat Islam bukan perbuatan yang memecah belahkan mereka.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.