Dalam Masa 45 Minit, Sebanyak 5,425 Puntung Rokok Di Kutip - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dalam Masa 45 Minit, Sebanyak 5,425 Puntung Rokok Di Kutip



Seramai 42 orang pelajar dan kakitangan Kolej UNITI, Port Dickson Negeri Sembilan bersama-sama sukarelawan Trash Hero Langkawi dan Sahabat Alam Langkawi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Chenang dan juga kakitangan Langkawi Destinasiku Travel and Tour Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti gotong-royong di sekitar Pantai Chenang. Penduduk-penduduk di situ juga turut bersama-sama hadir untuk membantu membersihkan lokasi tumpuan pelancong itu.

Nak tahu apa yang diorang dapat kutip semasa aktiviti bergotong-royong tu berjalan? Diorang berjaya mengutip sebanyak 5,425 puntung rokok dalam masa kira-kira 45 minit. Jumlahnya sangat lah banyak. Pelajar-pelajar telah didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar menurusi program tersebut, kata Penasihat Kelab Kembara Kolej UNITI, Muhammad Norazwan Mohamed Ali. Menurutnya juga, dengan aktiviti yang telah dilakukan, kita perlu ada kesedaran supaya sampah atau puntung rokok tidak dibuang sewenan-wenangnya.

Sumber : Bernama

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.