Header Ads

Berita Sedih, Tiada Lagi Akhbar Melayu Paling Berpengaruh!


Sumber gambar dari GDP Architects
Ohmedia baru dapat tahu yang hari ini akhbar paling berpengaruh orang Melayu, Utusan Malaysia menghentikan operasinya yang berkuatkuasa hari ini. Ini jelas memberi tamparan kepada rakan-rakan media yang berada disana kerana tiada lagi punca pendapatan mereka. Sebelum ini pun terdapat khabar angin yang mengatakan Utusan akan menghentikan operasinya, namun dinafikan oleh CEO nya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Pemberhentian operasi ini dinyatakan dalam satu memorandum pekeliling yang ditandatangani oleh Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir sendiri. Dipetik dari Sinar Harian, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditor's Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikudasi Interim (Interim Liquidator). Ini kerana lembaga pengarah berpendapat syarikat tidak lagi mampu untuk meneruskan perniagaan.

Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini bagi memastikan entiti berkenaan terus kekal, termasuklah menjual beberapa aset syarikat untuk mendapatkan alirna tunai yang mencukupi. Namun semua usaha gagal, termasuklah kegagalan mendapatkan sasaran RM4 juta iklan sebulan. Turut menambah, Syarikat berkenaan kini berdepan dengan pelbagai tindakan undang-undang dari pemiutang. Kemerosotan bermula sejak Mei 2018 lepas.

Sehubungan dengan penutupan, semua staff diminta mengemaskan barang kerja dan peribadi dimeja masing-masing dan menyerahkan kembali aset-aset syarikat yang digunakan termasuklah kunci pejabat dan kad akses kepada ketua jabatan.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.