Bekas Teman Lelaki Rindukan Sulli - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bekas Teman Lelaki Rindukan Sulli


Korang masih ingat lagi tak pelakon dan penyanyi dari Korea iaitu Sulli yang ditemui dalam keadaan yang tidak bernyawa di apartmentnya? Sedih bila dengar dia bunuh diri disebabkan netizen yang juga dikenali sebagai cyberbully asyik kecam dia di social media.


Baru-baru ini, bekas teman lelakinya iaitu Choiza memuatnaik sebuah gambar di Instagram dengan kapsyen yang sayu untuk Sulli. Pergh! Siapa je tak rasa kehilangan apabila orang yang kita sayang dah pergi tinggalkan kita buat selama-lamanya kan?

Cuma sis nak cakap sikit dekat korang. Cyberbully ni sebenarnya akan memberi kesan kepada hidup seseorang. Contohnya, korang kecam seseorang tu sampai buat life dia tak tentu arah. Akhirnya, dia bunuh diri tetapi sebab siapa dan mengapa?

Sebab korang tau! Cuba kalau korang berada di tempat diorang, memang korang tak fikir apa-apa lagi dah time tu. Mungkin itu je kot Sulli fikir tu jalan penyelesaiannya untuk korang stop benci dia. So, jom lancarkan kempen 'SAY NO TO CYBERBULLY'.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!



Dikuasakan oleh Blogger.