Bapa Durjana Rakam Video Rogol Anak OKU Akhirnya Dihukum Oleh Mahkamah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bapa Durjana Rakam Video Rogol Anak OKU Akhirnya Dihukum Oleh Mahkamah!

Sumber gambar dari Sinar Harian
Seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya bertukar menjadi haruan makan anak apabila dia bertindak merogol anak kandungnya yang juga seorang oku dan merakamnya. Perbuatannya itu menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman kepadanya.


Dipetik dari Sinar Harian, suspek menghadapi dua pertuduhan iaitu, Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK) kerana sumbang mahram, Seksyen 377B KK kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.

Ini menyebabkan dia dihukum dengan hukuman penjara 20 tahun dan 8 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua. Bagi pertuduhan ketiga, iaitu melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 2 sebatan. Untuk pertudahan keempat, didakwa menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit milik mangsa dan dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara dan 6 sebatan.

Perbuatan bapa berkenaan telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.


Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.