Ahli Parlimen Kantoi Menipu Ujian Universiti? Siapa?! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ahli Parlimen Kantoi Menipu Ujian Universiti? Siapa?!

Sumber gamabr dari Berita Harian
Kerana mengupah beberapa orang beberapa individu yang mempunyai persamaan wajah untuk menduduki peperiksaan untuk dirinya, seorang anggota parlimen Bangladesh bernama Tamnna Nusrat dari parti pemerintah Liga Amani disingkirkan dari mengikuti pengajian di universiti.

Apa yang Ohmedia dapat info, dia melakukan hal tersebut  sekurang-kurangnya 13 kali peperiksaan. Hal ini kantoi selepas sebuah stesen televisyen di negara berkenaan menemu ramah seorang wanita yang menyamar sebagai ahli parlimen berkenaan.

Ahli parlimen berkenaan melanjutkan pelaajran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni di Open Universiti Bangladesh (BOU). Lebih mengejutkan, seorang pegawai universiti memaklumkan individu  yang menyamar berkenaan adalah pelaajr yang dilindungi oleh pengawal peribadi ahli parlimen.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.