"Ada Berita Sampai Kat Mama, Bagitahu Yang Baby Kritikal" - Suami Abby Abadi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Ada Berita Sampai Kat Mama, Bagitahu Yang Baby Kritikal" - Suami Abby Abadi


Sedih bila dengar keadaan baby D sekarang. Baru-baru ini suami kepada Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria memuatnaik sebuah video bersertakan kapsyen yang panjang mengenai perkembangan baby D yang terkini.



Hari ke 5 ..... Baby D hari ni abah dan mama @abby_abadi112 dtg jumpa baby lagi, gelisah rasa hati kalau lambat ke NICU utk berbual2 dgn baby. Abah & mama tak mahu baby sunyi...abah dapat rasakan baby rindukan sentuhan Mama & sentuhan Abah juga kan sayang . Baby D Suka sebenarnya utk Abah kongsikan perkembangan baby pd kawan2 Abah & Mama. Tp Abah serba salah..... Abah tak pasti nk kongsikan hanya cerita gembira saja ke atau kedua2nya. Dari hari ke hari , rasa mcm tak kuat utk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D 😭Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dpt mendoakan kesihatan Baby ye sayang . Zohor tadi Doc dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah, abah dan mama ingatkan itu perkara biasa...rupanya... ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭 . Bahaya ke, Abah tanya Doc. Doc kata ye.. Luluh jantung Abah mendengarnya . Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu ,hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang . Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana . Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭 #DoakanBabyDkami #SemogaPanjangUmurnya #HanyaDoaMampuMengubahTakdir
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Kesian baby D sebab doktor memberitahu Abby dan suaminya bahawa baby D mengalami pendarahan di paru-paru. Allahuakhbar! Ibu bapa mana tak luluh jantung bila dengar anak tengah sakit macam tu kan?


Apapun kita doakan yang baik-baik supaya baby D kuat dan semoga cepat sembuh. Be strong Abby dan Faizal! Semoga ada keajaiban buat baby D nanti. InsyaAllah. Kalau korang nak tahu, baby D dilahirkan secara bayi pramatang berusia 6 bulan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube






Dikuasakan oleh Blogger.