3 Pemain E-Sukan Oh Media Gaming Meraih Podium Di E-Sports Fest, USIM - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

3 Pemain E-Sukan Oh Media Gaming Meraih Podium Di E-Sports Fest, USIM



Pemain E-Sukan Oh Media Gaming mempamerkan aksi cemerlang di kejohanan E-sports Fest anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kejohanan selama 2 hari tersebut telah melibatkan 64 pemain untuk kategori Pro Evolution Soccer (PES) 2020 dan FIFA 20.




3 podium berjaya diraih pada hari kedua di mana OHMEDIA | Karl berjaya mencipta kejutan untuk menjadi juara kategori PES 2020 manakala OHMEDIA | Yoke dan OHMEDIA | E.Jambu menamatkan saingan di Top 8 terbaik untuk kategori PES 2020 dan FIFA 20. Untuk pengetahuan korang, Karl dan Yoke sebelum ini telah mewakili Malaysia di kejohanan PES peringkat Asia Tenggara.







Kejohanan E-Sports Fest tersebut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM7,000. Semoga lebih banyak lagi Universiti di Malaysia akan menganjurkan kejohanan E-Sukan yang kini sedang berkembang dengan jayanya. Ohmedia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain E-Sukan Oh Media Gaming yang akan beraksi di Kejohanan Selangor Cyber Games pada 26 dan 27 Oktober ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!





Dikuasakan oleh Blogger.