(1MDB) Bekas CEO Terima 18 Bulan Bonus Dengan Gaji RM99,000 Sebulan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(1MDB) Bekas CEO Terima 18 Bulan Bonus Dengan Gaji RM99,000 Sebulan


Pernah terbayang tak kalau kita menerima gaji sehingga puluhan ribu ringgit? Sebenarnya gaji korang boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit dengan hanya memegang jawatan sebagai seorang CEO. Dalam kes 1MDB, bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi telah mendedahkan gaji yang diterima beliau kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah sebanyak RM99,000 sebulan. Perghhh, gaji setahun kita pun tak sampai macam tu kan?

Bagaimanapun, pendapatannya sebelum ini memang sudah cukup tinggi apabila menjadi CEO Lembaga Pelaburan Terengganu iaitu sebanyak RM80,000 sebulan.

Datuk Shahrol telah diajukan banyak soalam dan turut memberitahu bahawa dia juga menerima elaun sebanyak RM179,000 setahun dan RM1,500 untuk setiap mesyuarat yang dia hadiri. Shahrol juga mendedahkan yang semua tawaran dan bayaran ini telah dipersetujui dan dihubungi sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Selain itu, beliau turut telah diberikan bonus 18 bulan gaji. Korang kira lah sendiri berapa jumlah bonus tu ok. Bagaimanapun, prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung isnin hadapan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.