12 Remaja Di Tahan Di Dalam Sebuah Bilik Hotel - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

12 Remaja Di Tahan Di Dalam Sebuah Bilik Hotel

Sumber Gambar : PressReader

Baru-baru ini dikatakan sekumpulan remaja telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana telah didapati tidur beramai-ramai di sebuah hotel di Lebuh Raya Darulaman yang terdiri daripada 9 remaja lelaki dan 3 remaja perempuan. Semua yang tertangkap itu dalam lingkungan usia 16 hingga 19 tahun ditemui kelmarin dalam keadaan yang mencurigakan.

Pihak JAIK terus ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan apabila telah menerima maklumat tentang perkara tersebut dan didapati kesemuanya berada dalam keadaan yang sangat meragukan serta disyaki terbabit dengan kegiatan negatif, kata Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK, Radzi Abdul Mutalib.

Didapati bahawa kesemua remaja tersebut tidak melakukan sebarang hubungan mahram dan kerana dengan perlakuan yang mencurigakan dan disyaki terbabit dengan kegiatan dadah, pihak JAIK telah bawa kesemua remaja terbabit ke Balai Polis Kota Setar untuk menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis. Remaja-remaja tersebut berasal dari Kuala Nerang, Pendang, Alor Setar dan Sungai Petani. Ada juga yang datang dari Pulau Pinang dan Perlis.

Sumber : Berita Harian


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.