Header Ads

Zynakal Disahkan Ada Gangguan Mental


Kecoh betul pasal artis mencekik seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini kan? Siapa lagi kalau bukan Zynakal. Mana taknya, Caprice sendiri mengatakan itu bukan Zynakal yang sebenar sebab dia lain sangat. Rupa-rupanya! Zynakal ni ada gangguan mental yang bernama Bipolar Mania. Haa yang ni memang disahkan oleh pihak hospital sendiri tau.

Haa siapa buat fitnah sebelum ni pasal dia, cepat minta maaf! Bipolar Mania ni memang penyakit yang amat serious. Ini bukan gimik ya gais sebab Zynakal sendiri ditahankan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur. Hospital kerajaan mana boleh main-main nak buat cerita. Korang tak baik tau menabur fitnah. Sepatutnya kita doakan yang terbaik untuk dia dan semoga Zynakal kembali pulih seperti dulu.

Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain pada dirinya yang menggambarkan itu bukan dia. Awalnya dia menolak, namun akhirnya dia akur. Hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tak dapat dipastikan bila dia akan dibenarkan pulang. Dia masih belum stabil. Kadang-kadang dia okey tapi tiba-tiba boleh berubah menjadi tak okey. Watak dia pelbagai dan kadang-kadang kita tak faham apa yang cuba disampaikan dalam perbualan. Kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Wayang


Dikuasakan oleh Blogger.