Header Ads

Waktu Afdhal Untuk Berzikir


SOALAN:
Ada sesetengah orang berzikir selepas salam solat fardhu dan ada sesetengah yang lain selepas solat fardhu mereka terus kerjakan solat sunat. Selepas selesai solat sunat barulah mereka berzikir. Bilakah waktu yang paling afdhal untuk berzikir sebenarnya?

JAWAPAN:
Selepas selesai solat fardu adalah harus sama ada mahu berzikir dahulu sebelum mengerjakan solat sunat atau mengerjakan solat sunat dahulu kemudian barulah berzikir.

Yang paling afdhal ialah selepas memberi salam solat fardhu dia berzikir dahulu kemudian berdoa. Selesai dari berzikir dan berdoa ini barulah bangun dia mengerjakan solat sunat jika dia kehendaki.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

وجمهور العلماء على أن ختم الصلاة بالذكر الوارد فيه هذه العبارة يكون عقب الانصراف من الصلاة المكتوبة بالتسليم مباشرة، لدلالة العبارة عليه، ويقويها فعل النبى صلى الله عليه وسلم، حيث كانت الصفوف الأخيرة فى صلاة الجماعة تعرف انتهاء النبى منها بالتكبير أى بالذكر بعد الصلاة
“Dan bermula jumhur ulama’ berpendapat atas bahawa berzikir dengan zikir-zikir yang datang pada masalah ini waktunya ialah selepas selesai dari solat yang fardhu kerana ibarat nas yang menunjuk atasnya. Dan mengkuatkan akan dia oleh perbuatan Nabi saw sekira-kira dikenal akan selesainya saf-saf yang terkahir pada solat berjemaah dengan ucapan takbir yakni dengan berzikir selepas solat tersebut.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.