Header Ads

Suhu Cecah 40 Darjah Celcius! Qatar Ada Jalan Turunkan Suhu Stadium Piala Dunia 2022


Wow! Kehangatan Piala Dunia 2022 kian terasa. Apa yang hangat sangat ni? Maklumlah, Piala Dunia 2022 nanti kan buat dekat Qatar dan semua memang tahu kan macam mana cuaca kat sana yang ada padang pasir tu. Ohmedia baca yang suhu luar Stadium Al Janoub mencecah sehingga 35 darjah celcius wehh. Panas tu.

Tapi korang jangan risau, pihak Qatar telah melakukan sesuatu yang jarang dilakukan stadium lain di dunia apabila mereka telah mereka sistem penyejukan di dalam stadium bagi memastikan suhu dapat diturunkan kepada 21 darjah celcius.


Stadium terbuka ini juga dikatakan mampu mencapai suhu serendah itu walaupun suhu diluar mencecah 40 darjah celcius. Lagipun, pihak Qatar terlah dibenarkan untuk menunda perlawanan daripada November ke Disember untuk mengelakkan panas terik di Doha, namun Qatar membuat keputusan untuk kekal dengan stadium sejuk di samping memiliki venue lain yang dapat digunakan sepanjang tahun.

Mampu atau tidak agaknya sistem penyejuk ni kekalkan kesejukan dengan kapasiti 40,000 tempat duduk erk? Haa, kalau korang nak tahu, dekat bawah tempat duduk korang tu nanti pun akan ada satu salur penyejuk, jadi jangan risau, akan rasa sejuk nyaman je punggung korang nanti, haha.

Stadium itu yang pertama daripada tujuh akan siap di Qatar menjelang kejohanan. Enam yang lain dijadualkan bersedia pada akhir 2020 dan yang kelapan iaitu Stadium Antarabangsa Khalifa diubahsuai dan dibuka pada 2017.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Public

Dikuasakan oleh Blogger.