Header Ads

Niat Tunai Umrah Terbantut, Apabila Ditahan Sebelum Berlepas!

Gambar sumber Kosmo Online
Niatnya untuk menunaikan umrah di Makkah terpaksa dilupakan apabila ketua sindiket dadah terbesar negeri Kelantan ditahan di KLIA saat sebelum dia berengkat pergi kesana. Ini berdasarkan risikan dan tangkapan yang dibuat keatas ahli-ahli yang lain sebelum ini.

Berdasarkan risikan yang dibuat, pihak polis percaya sindiket berkenaan baru sahaja mendapat bekalan dari negara jiran. Menurut kenyataan polis, dipetik dari Sinar Harian, modus operandi digunakan sindiket berkenaan adalah mendapatkan bekalan daripada negara jiran sebelum dijual secara pukal dan runcit.

Turut dirampas, tujuh kenderaan termasuk tiga motosikal, wang tunai dan barangan kemas bernilai RM476,000 dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM10.97 juta.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem


Dikuasakan oleh Blogger.