Header Ads

Jangan Sisihkan Mereka, Kata Maszlee Malik

Gambar sumber dari TheMalaysianTimes
Pasti diantara pengikut Ohmedia mempunyai kenalan atau saudara yang anaknya adalah orang kurang upaya. Golongan ini disekolah dipanggil kumpulan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Tahu apa itu MBK? MBK adalah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan yang mempunyai ketidakupayaan deria, pertuturan, fizikal dan masalah pembelajaran.

Sumber gambar dari ppkismkputrajaya92
Sering kita lihat golongan ini tersisih dari arus perdana, sama ada interaksi sosial mahupun akademik kerana kekurangan mereka yang menyebabkan mereka berasa terasing. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia melihat hal ini sebagai satu perkara yang patut diatasi, beliau mahu melihat murid-murid ini diterima dan menjadi sebahagian dari kita yang normal.

Maszlee Malik mengharapkan usaha semua pihak agar dasar yang dibuat oleh kementerian untuk murid berkeperluan khas ini dilaksanakan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan kata beliau, akan cuba lakukan semampunya untuk memastikan MBK mendapat pendidikan yang terbaik.

“Saya juga inginkan masyarakat rasakan mereka (anak keperluan khas) ini adalah anugerah tuhan yang diberikan kepada kita untuk mengenali sikap kemanusiaan yang ada dalam jiwa setiap individu,” kata Maszlee Malik.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.






Dikuasakan oleh Blogger.