Header Ads

Dituduh Sebagai Punca, Menteri Indonesia Buat Surat Kepada Malaysia!

Gambar sumber dari Mediamaya.net
Berhubung masalah jerebu yang sedang melanda negara, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya bertindak mahu menghantar surat protes kepada Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilemparkan bahawa Indonesia menjadi punca kepada masalah jerebu yang melanda Malaysia.

“Saya akan menulis surat kepada duta Malaysia di Jakarta untuk dipanjangkan kepada menterinya. Saya mahu data itu dibetulkan,” kata Siti Nurbaya

Menurut menteri berkenaan, pihaknya sentiasa memantau pergerakan asap daripada kebakaran hutan dan belukar di negara itu. Dipetik dari Metro Online, berdasarkan pemantauan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, asap dari kebakaran itu hanya melintasi sempadan selama satu jam iaitu pada Ahad lalu.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem

Dikuasakan oleh Blogger.