Header Ads

Demo FIFA 20 Telah Dilancarkan Di Platform PS4, Xbox One Dan PC



EA Sports telah melancarkan Demo FIFA 20 di platform PS4, Xbox One dan PC. So korang dah boleh download Demo FIFA 20 tersebut dan cuba main mode yang disediakan iaitu Kick Off dan Volta Football.

Untuk mode Kick Off korang akan diberi pilihan menggunakan 6 pasukan daripada liga Juara-Juara Eropah iaitu Chelsea, Dortmund, Liverpool, PSG, Real Madrid dan Spurs. Selain itu, untuk mode Volta Football pula korang akan bermain FIFA Street 3vs3 di Amsterdam. Korang akan diletakkan dalam pasukan Vinicus Jr’s Crew untuk menentang pasukan Street Kings. Jika korang berjaya menjaringkan 4 gol terlebih dahulu pasukan korang dikira pemenang.






Sumber Video: Krasi



Sumber Video: DoubleM-K Gaming

Ohmedia yakin FIFA 20 kali ini lebih padu dari sebelum ini walaupun Ohmedia baru sahaja cuba dia punya Demo. Untuk pengetahuan korang, FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019.

+Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Geekz









Dikuasakan oleh Blogger.