Header Ads

Wawa Zainal Kena Prank Dengan Waiter Istanbul? Biar Betul!?


Sis suka betul tengok gelagat pasangan artis ni, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebab phone sis asyik bersemut je. Tak pernah meluat okay bila tengok diaorang. Ya lah, diaorang kan dah berkahwin. Yang tak kahwin lagi, asyik tayang boyfriend girlfriend depan umum tu? Lagi sis meluat. Baru-baru ini, diaorang pergi bercuti di Turkey, dah macam pengantin baru nak pergi honeymoon hehehe.



A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Kalau korang nak tahu Wawa sekarang tengah mengandung anak yang ketiga tau. Agak-agak muka siapa lepas ni? Muka Attar dah macam Aeril Zafrel, muka Hayla pula macam Wawa. Hmm...kita tengok je nanti okay gais. Time diaorang dekat Istanbul, Wawa tengah makan di sebuah restoran bersama Aeril. Ada seseorang waiter ni datang ke mejanya dan sengaja membuat seperti prank dekat Wawa seolah cawan tembaga tu jatuh di atasnya.



A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Fuh cuak! Kalau sis kena prank macam tu, dah menangis dah hahaha. Comel je muka Wawa menjerit bila kena prank! Alhamdullilah, diaorang nampak bahagia sangat dan rata-rata netizen pun mudah terhibur dengan diaorang sebab Aeril selalu mengusik Wawa hehehe. Ciri-ciri suami macam Aeril lah baru perempuan suka. Betul tak gais? Semoga berkekalan hingga ke Jannah, Aeril dan Wawa.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog

Dikuasakan oleh Blogger.