Header Ads

Syed Saddiq Setuju Hantar Dr Zakir Naik Pulang India?

Sumber: Free Malaysia Today

Apa pula ni? Baru je sebentar tadi Ohmedia menaikkan satu artikel mengatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap pertahankan keputusan untuk tetap tidak menghantar Dr Zakir Naik ke India. Namun kini, Ohmedia terbaca satu berita mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula menyatakan kata setuju bersama rakan Kabinet yang lain agar Zakir Naik dihantar pulang.

Semua ini tercetus apabila dikatakan Zakir Naik telah mengeluarkan kenyataan kontroversi ke atas rakyat Cina dan India.

Memetik kepada laporan akhbar, Sinar Harian, Syed Saddiq dalam kenyataannya di WhatsApp kementerian bersama media telah berkata,
Ya, serangan ke atas saudara Cina dan India merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia. Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah.

Sebelum ini, tiga orang menteri iaitu, Gobind Singh Deo, M Kula Segaran dan Dr Xavier Jayakumar telah menyatakan pendirian mereka untuk mengusir Dr Zakir Naik ke nagara asalnya berikutan ucapannya di Stadium Sultan Muhammad VI.

Namun, ia dinafikan Dr Zakir Naik apabila menjelaskan beliau hanya memuji langkah Malaysia mengamalkan pendekatan Islam memberi layanan adil kepada masyarakat India dan menegakkan hak mereka. Sangat berbeza di negaranya apabila kerajaan India gagal melakukan perkara sama bagi melakukan sesuatu terhadap golongan minoriti.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.