Header Ads

Syed Saddiq Bawa Berita Gembira Untuk Anak Muda


Berita baik untuk adik-adik dan korang yang mungkin akan menjalankan latihan industri selepas ini. Apa berita baik tu agaknya? Baru sahaja sebentar tadi Ohmedia perasan dalam update terbaru Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengumumkan kadar elaun bagi anak muda yang menjalankan latihan industri di kementerian, agensi mahupun jabatan kerajaan akan dinaikkan daripadda RM300 kepada RM900 sebulan.

Alhamdulillah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam, iaitu peningkatan lebih 3 kali ganda. Sebelum ini bayaran elaun adalah sekitar RM300 sebulan, ia akan dinaikkan kepada kira-kira RM900 sebulan. Ini satu penambahbaikan yang sangat bagus. Sebelum ini daripada tiada bayaran langsung kepada RM15 sehari, dan sekarang kepada kira-kira RM45 sehari,” katanya.

Jadi, untuk korang yang akan memulakan latiha praktikal pada 1 September nanti, akan layak menerima bayaran sebanyak RM900. Bagi Ohmedia, bersyukurlah jika pembayaran ini dapat diberikan dan apa yang penting adalah ilmu dan pengalaman yang korang akan dapat. Gunakanlah masa itu dengan baik kerana cabaran kerja sebenar lebih mencabar.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.