Header Ads

Sukan Layang-Layang Bertukar Tragedi, Leher Kanak-Kanak Hampir Terputus?


Aduh, boleh jadi lagi kejadian ngeri macam ni dan ini merupakan kejadian kedua kali dalam tempoh seminggu. Ohmedia maksudkan tentang sukan layang-layang yang diadakan di India dan bertukar menjadi satu kemalangan yang mengerikan sehingga menyebabkan ada yang mati akibat terkena tali layang-layang di leher.

Kejadian ini disiasat pihak berkuasa dan mendapati ada peserta yang menggunakan tali disalut serbuk kaca atau logam yang bertujuan untuk memutuskan tali layang-layang pesaing.

Angka kematian dan kecederaan akibat insiden itu, dilaporkan meningkat semasa Hari Kemerdekaan India yang berlangsung setiap 15 Ogos, apabila orang ramai secara tradisinya menerbangkan layang-layang yang dicat dengan warna menyamai bendera India.

Dalam satu kejadian terbatu ini, ia melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu sedang berjalan bersama bapanya untuk ke kui dan tali itu telah memotong hampir separuh lehernya.

Sebelum ini, seorang jurutera berusia 28 tahun maut, semasa Hari Kemerdekaan selepas lehernya terkena tali layang-layang ketika sedang menunggang motosikalnya di New Delhi.

Kira-kira tiga tahun lalu, pihak berkuasa mengharamkan pengeluaran, jualan dan simpanan tali yang diubahsuai menjadi tajam.

Sesiapa yang ditangkap dengan memiliki tali seumpama itu bakal berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda 100,000 rupee (RM5,867).

Sumber: Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.