Header Ads

Siapa Sangka Chris Brown Akan Buat Begitu Kepada Kilafairy?


Fuhh! Ohmedia pun turut tumpang bangga dengan pencapaian seorang pelakon dan penyanyi, Kilafairy apabila bintang antarabangsa, Chris Brown yang merupakan seorang penyanyi Amerika Syarikat itu telah Follow Back di Instagram. Korang bangga tak?

Perasaan teruja dan tidak sangka itu dikongsi Kilafairy apabila Chris dikatakan telah memberi reaksi terhadap gambar dikongsinya di IG Story.


Ketika itu, saya memuat naik gambar memakai baju jenama keluaran Chris, iaitu Black Pyramid, di IG Story. Tidak semena-mena, dia memberikan reaksi ‘like’ kepada IG story berkenaan. Beberapa jam selepas itu, saya sangat terkejut kerana dia turut mengikuti saya semula di laman sosial terbabit.

Untuk korang yang mungkin tidak tahu, Kilafairy adalah anak kepada penyanyi Rohana Jalil dan sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Sean Kingston dan DJ Aku Ash dalam lagu Put The World In.

Selain terkejut, rasa teruja dan macam bermimpi pun ada sebenarnya. Dia memang antara penyanyi antarabangsa kegemaran saya. Semua orang tahu, dia antara legenda muzik masa kini. Menariknya, dialah artis antarabangsa pertama yang menyaksikan kami saling mengikuti di Instagram,” katanya.

Macam manapun, setiap orang pasti akan berasa teruja bila seseorang yang kita gemari dan gilai telah memberikan respon dan nampak kewujudan kita. Artis kegemaran korang Follow Back tak?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.