Header Ads

"Saya Tak Rasa Pun Isteri Saya Biadap" - Izzue Islam


Korang tengok tak video Izzue Islam baru-baru ni dekat Instagram? Ada segelintir netizen kecam isterinya, Awin Nurin sebab dia kurang ajar dan melampau. Amboi korang, kemain korang ya! Mungkin tu adalah sekadar gurauan di antara suami dan isteri.


Dalam video tu, ia menunjukkan Awin Nurin tengah menconteng muka Izzue Islam time tengah tidur di dalam kereta. Awhhh, sweet apa gurauan diaorang. Entah-entah orang yang kecam diaorang ni mesti single mingle kan? Hahaha.

Apa yang Izzue boleh katakan dekat sosial media ni kita tak boleh nak sekat orang untuk berkata apa sahaja yang mereka suka. Dia orang suka ke, tak suka ke itu mereka punya pandangan. Jadi pada Izzue apa yang Izzue rasa okay dan sesuai untuk share, Izzue post sajalah. Saya tak rasa pun isteri saya biadap sebab itu adalah cara kami bergurau sebagai suami isteri. Mungkin Orang di luar sana rasa macam kami ni kasar dalam bergurau. Tapi apa-apa pun Izzue dan isteri minta maaf kalau ada yang tidak selesa dengan gelagat kami.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog

Dikuasakan oleh Blogger.