Header Ads

Rihana Oksana Tertekan Sebab Anak


Hari itu kecoh betul pasal penceraian Rihana Oksana dan Sultan Kelantan kan? Baru-baru ini, Rihana ada upload gambar di Instagram mengenai anaknya, Tengku Ismail Leon Petra yang jatuh sakit. Kesiannya!



Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya. Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi. Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal diluar bandar Moscow. Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon. Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran. Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibubapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit. Insya Allah, dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon. Kepada seluruh ibubapa diluar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja. Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh. Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon. Buat ibubapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang? Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?
A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Bagaimanapun, dia rasa bersalah dekat anaknya sebab dia terpaksa memberi antibiotik yang berdos tinggi. Mana taknya gais anak yang sakit sampai rasa susah nak tidur dan tak ada selera nak makan, ibu bapa mana yang tak susah hati kan?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog



Dikuasakan oleh Blogger.