Header Ads

Polis Yakin Mayat Yang Ditemui Adalah Nora Anne


Sebentar tadi, Ohmedia ada menaikkan satu artikel berkenaan berita penemuan mayat wanita berkulit putih disekitar kawasan carian mangsa hilang Nora Anne. Kini, dalam satu kenyataan, pihak polis berkata mereka yakin bahawa mayat perempuan yang ditemui adalah remaja warga Ireland, Nora Anna Quoirin.

Walaubagaimanapun, keluarga mangsa masih belum melakukan pengesahan identiti dan mayat kini telah dihantar ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban bagi bedah siasat.

Kita mempunyai sebab yang kukuh untuk percaya mayat itu adalah dia (Nora Anne). Buat masa ini kita tidak dapat pastikan tarikh kematian dan kena tunggu hasil bedah siasat untuk maklumat lanjut. Mayat itu tidak berpakaian. Kita jumpa berhampiran anak sungai di kawasan berlurah dianggarkan sejauh 2.5 kilometer (km) dari resort penginapan (Nora Anne dan keluarga). Kawasan itu juga termasuk dalam lingkungan radius operasi SAR, namun sebelum ini anggota (SAR) tidak menemui apa-apa di situ, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.