Header Ads

Pesawat Rusia Lakukan Pendaratan Cemas Atas Ladang Jagung


Sebentar tadi dilaporkan sebuah pesawat Airbus Russia terpaksa melakukan pendaratan cemas di atas ladang jagung di pinggir Moscow selepas dikatakan telah dirempuh sekumpulan burung.

Pesawat yang membawa 230 orang penumpang ini dalam penerbangan dari lapang terbang Zhkovsky Moscow ke Simferol Crimea. Kejadian ini berlaku semasa pesawat baru sahaja berlepas dan tiba-tiba dirempuh sekumpulan burung yang menyebabkan kerosakan pada enjin pesawat.


Memetik kepada laporan Rosaviatsia, pesawat itu mendarat di atas ladang jagung, kira-kira satu kilometer dari landasan, dengan keadaan enjin dimatikan dan tayar pesawat sempat dikeluarkan ketika mendarat.

Apa yang penting adalah, tiada kematian dilaporkan dan hanya menlibatkan 23 orang cedera dan telahpun dimasukkan ke hospital.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.