Pengarah Curi-Curi Cinta Meninggal Dunia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pengarah Curi-Curi Cinta Meninggal Dunia


Inalillahiwainnalillahirojiun...korang kenal tak pengarah Curi-Curi Cinta, Raja Ahmad Alaudin yang dah kembali ke rahmatullah pada pukul 6 pagi tadi dekat rumahnya di Bandar Sri Damansara. Berita itu disahkan oleh pengurus produksi syarikat Pena Creative Pictures, Mohd Syahidan Hasssan bahawa arwah meninggal dunia dalam tidur.


Seperti biasa saya akan menjemput dia untuk ke set penggambaran pada pukul 6 pagi setiap hari. Apabila saya call arwah dari pukul 6 pagi tetapi tidak berangkat, ketuk pintu rumah pun tiada respons...saya rasa tak sedap hati, jadi buat keputusan untuk buat laporan polis. Dengan bantuan polis dan bomba, kami masuk ke rumahnya dan lihat arwah hanya terbaring di atas katil. Dia meninggal dalam tidur.

Kalau korang nak tahu, bukan drama Curi-Curi Cinta je tau tetapi drama Ariana Rose, Aurora Aisyah, Demi Cinta Ain, Hanya Di atas Kertas pun diarahkan oleh Raja Ahmad Aludin. Apapun sis doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sumber: Mstar

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Wayang

Dikuasakan oleh Blogger.