Header Ads

Pengalaman Haji Membuatkan Fizo Omar Berasa Insaf


Baru-baru ini, Fizo Omar menunaikan ibadah Haji dan menyeru umat Islam untuk merasakan pengalaman sendiri, macam mana dia rasakan. Fuh, seronok sis tengok Fizo pergi Makkah. InsyaAllah, lepas ni kami pula jadi tetamu Allah kalau ada rezeki.


Bukan itu sahaja, Fizo berkata ia juga mencerminkan diri sendirinya ketika dia menjalankan kewajipan rukun haji dan ia juga memberikan keinsafan kepadanya dan berharap akan menjadi tetamu Allah sekali lagi. MasyaAllah.

Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasai lah apa yang aku dah lalui. Kalau dah mampu tak perlu ditangguh lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi kepada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran Sang Pencipta. Bak kata ulama, suasana ini diibaratkan seakan-akan padang Mahsyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita. Siapa pun kau tetap sama sahaja. Bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Mudzalifah dengan penuh harapan keampuanan dari ALLAH. Pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia berkumpul dengan niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Kita sama sahaja di mata ALLAH, hanya amalan kita sahaja membezakan kita semua.



A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog


Dikuasakan oleh Blogger.