Header Ads

Netizen Ucap Tahniah Dekat Hisyam Hamid


Hisyam Hamid selalu upload gambarnya dengan baby di laman Instagram dan dia selalu dapat ucapan tahniah daripada netizen. Hahaha gais. Sebenarnya tu bukan anak Hisyam Hamid yang ketiga tau tetapi anak buah dia yang mak Hisyam jaga. Bila korang ucap tahniah dekatnya, korang nak tahu tak apa reaksi dia? Dia hanya mampu senyum je gais.


Isteri, terutamanya kerap menerima ucapan tahniah kerana ramai menyangka, dia baru bersalin. Tambahan pula, kebelakangan ini, dia jarang memuat naik perkongsian terbaru di media sosial. Sebenarnya, bayi itu ialah anak buah yang dijaga oleh ibu saya. Memandangkan saya memang suka budak-budak, jadi seronok berkongsi gambar bersamanya. Tidak sangka pula ada yang membuat andaian, saya menimang cahaya mata baharu, sedangkan saya tidak pernah berkongsi berita isteri hamil lagi. Saya hanya tersenyum setiap kali menerima ucapan tahniah. Kebetulan, saya banyak meluangkan masa di Singapura untuk menguruskan perniagaan, selain memenuhi tawaran kerja di sana. Apabila ada kelapangan, saya seronok melayani kerenah anak saudara.



A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

For your information, Hisyam sebenarnya ada dua cahaya mata yang comel iaitu Nurish Syameliah dan Hayden. Dia memang suka layan karenah anak buah dia so....kalau korang tengok dekat Instagram dia, korang akan nampak gambar dia dengan baby tu tau. Apapun, kita doa jelah yang baik-baik untuk Hisyam sekeluarga. Mungkin lepas ni kalau ada rezeki, ada Hisyam Jr yang ketiga pula? Hehehe.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog








Dikuasakan oleh Blogger.