Header Ads

Netizen Minta Gambar Payudara Zizi Kirana? Biar Betik!?


Sebenarnya sis pun tak faham dengan perangai perempuan kadang-kadang. Kita sebagai seorang perempuan yang beragama Islam sememangnya wajib tau kena tutup aurat daripada terdedah sana sini untuk lelaki ajnabi. Hmm

Cik Zizi janganlah marah ya? Mungkin salah awak juga sebab tayang sana sini. Mana taknya, lelaki asyik kacau awak. Semua orang ada nafsu kak oi. Malah cik Zizi sendiri pun suruh netizen membersihkan jiwa yang selalu hantar mesej lucah supaya tak tengok imej seksi Zizi dengan fikiran kotor.

Sebenarnya bukan pakaian saya bermasalah tetapi jiwa mereka. Sepatutnya mereka betulkan hati dahulu sebelum tegur imej saya. Jangan nak sakit jiwa sangat. Sampai sekarang pun saya masih diganggu dengan benda-benda lucah. Budak-budak sekolah yang masih minta duit mak ayah untuk beli topup berani minta saya gambar payudara. Tetapi saya rasa tak perlu sampai nak dedahkan siapa mereka kerana tak mahu sampai memalukan. Tak dinafikan netizen kalau komen seolah-olah mereka maha benar, semua benda nak kritik. Pada saya lebih baik biarkan sahaja komen-komen itu. Kalau sekat pun akan ramai lagi yang komen bukan-bukan.

Aiyoo cik Zizi! Kalau tak disebabkan imej seksi awak, mestilah tak ada sampai netizen minta gambar payudara awak kan? Dah awak yang minta jadi macam ni, so sis harap awak bersabar ya menghadap netizen yang pervert! Semoga satu hari nanti cik Zizi berbuka hati untuk berhijab. Manis je hari tu bila tengok cik Zizi berhijab time bulan puasa.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan








Dikuasakan oleh Blogger.