Header Ads

Hujan Turun Di Arafah Undang Rasa Keinsafan Neelofa


Semasa umat Islam tengah melaksanakan wukuf di Padang Arafah, korang nak tahu tak...daripada cuaca panas terik tiba-tiba hujan membasahi Arafah sehingga membuatkan Neelofa rasa keinsafan tau.

Untung jadi Neelofa sebab jadi tetamu Allah pada tahun ni untuk mengerjakan ibadah. Pengalaman tu dia takkan lupa sebab dia rasa bersyukur sangat bila Allah menurunkan hujan time panas terik. MasyaAllah. Allah Maha Besar.

Time dia berkongsi di InstaStorynya, sis nampak dia menadah tangan untuk berdoa kepada Allah dan dia berharap followers juga akan menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci pada satu hari nanti. Amin. InshaAllah.

Semalam semasa wukuf saya berada di luar khemah dan baru mula berdoa dalam satu jam. Ketika itu masih panas dan ramai jemaah masih di dalam khemah. Kemudian angin kuat dan berpasir pelik sebab tak sangka hari wukuf jadi berangin dan sejuk. Kemudian hujan mula turun. Saya dan mak sahaja berada di luar khemah. Perasaan semasa hujan turun ni hanya Allah yang tahu. Tergamam, tak terkata.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog

Dikuasakan oleh Blogger.