Header Ads

Henry Golding Bakal Bintangi Filem G.I Joe? Watak Apa Sesuai?


Mesti ramai yang sudah tahu akan kisah seorang pelakon kelahiran Malaysia dan kini sedang menempah nama di Hollywood iaitu, Henry Golding dan dalam artikel ini Ohmedia nak kongsikan yang Henry dikatakan bakal mebintangi filem superhero G.I Joe.

Berita ini dipetik dari laporan The Hollywood Reporter, dan Henry menjadi antara calon utama untuk membawakan watak Snake Eyes dalam francies terbaru G.I Joe. Tapi sekejap, watak Snake Eyes ni bukan watak yang tak nampak muka pelakon ke? Jadi sekiranya mereka memilih Henry, adakah watak Snake ini akan membuka topeng nanti?


Tapi lain pula dari apa yang dibincangkan oleh peminat G.I Joe di twitter yang mengatakan Henry tidak sesuai membawakan watak ini kerana Henry merupakan anak kacukan Iban-Inggeris dan watak Snake pula merupakan orang kaukasian yang dibesarkan keluarga Jepun.

Terdahulu, pelakon akrobatik Ray Park melakonkan watak Snake Eyes untuk kedua-dua filem itu. Pelakon kacak yang sedang melakar nama di Hollywood, juga pernah dilaporkan bakal membintangi filem James Bond 007.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Dikuasakan oleh Blogger.