Header Ads

Fouziah Gous Terima Anugerah Top Young CEO 2019


Tahniah sis ucapkan kepada Fouziah Gous sebab mencipta fenomena baru dalam pasaran minuman kesihatan sarang burung negara. Fuh, Top Young CEO gais! Korang ada? Asyik jadi makcik pakcik bawang je tahu.

Baru-baru ini, majlis itu telah diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur dan Fouziah menerima anugerah itu bagi kategori wanita dalam business sebab dia menunjukkan kejayaan yang luar biasa...macam mana ya sis nak cakap? Yang jarang diceburi oleh kalangan bumiputera tau.

Sis bangga betul dengan pencapaiannya, memang sangat menginspirasikan. Yang korang jadi pakcik makcik bawang tu, dah berjaya ke belum macam Fouziah Gous? Hmm. Satu apa pun tak ada. Asyik jadi keyboard warrior je.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini yang sekali gus membuktikan bahawa produk minuman sarang burung FG Walet telah diterima ramai. Terima kasih kepada suami, keluarga, staf Zhafou Trading, ejen seluruh Malaysia dan para pelanggan yang mempercayai produk minuman sarang burung FG Walet. Penyelidikan terhadap FG Walet bermula lebih 10 tahun lalu. Berada di pasaran enam tahun lalu dan sehingga kini perkembangannya begitu menggalakkan sehingga boleh dikatakan pertumbuhannya sangat luar biasa dan di luar dugaan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog



Dikuasakan oleh Blogger.