Header Ads

Fizo Omar Telefon Ayah Hawa Rizwana? Ada Apa-Apa Ke Ni?


Kecoh betul netizen ni, disebabkan Fizo Omar komen di gambar pembaca berita yang mirip ala-ala Neelofa, Hawa Rizwana, ramai yang mengusik Fizo untuk pikat hatinya. Amboi, orang tu baru je bercerai dengan bekas isterinya, Mawar.

Takkanlah secepat tu dia dah jumpa pengganti Mawar, betul tak? Bagaimanapun, Hawa memberitahu bahawa dia dan Fizo hanyalah sebagai abang dan adik sahaja okay gais! Dan Fizo pun ada call ayahnya untuk berminta maaf atas sebab isu tular itu.

Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu. Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya. Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu

Hawa ni pernah lah dulu minat dekat Fizo Omar. Ya lah, artis kan? Mestilah ada crush. Bukan itu sahaja, kebetulan Fizo adalah alumni dan juga kenalan bapanya yang merupakan pengarah di UiTM Arau tau. Fuh, kecil betul dunia ni ya?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.