Header Ads

Filem BoBoiBoy Movie 2 Catat Kutipan Tertinggi Dalam Masa Hanya 5 Hari


Teruja dan bangga betul bila Ohmedia tengok pencapaian jumlah kutipan filem animasi kedua Monsta, BoBoiBoy Movie 2 yang dikemaskini sebentar tadi. Untuk pengetahuan korang filem animasi tempatan yang hanya mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dan menelan kos hampir RM7 juta ini telahpun berjaya mengutip sebanyak RM9.9 juta hanya dalam 5 hari sahaja.

Ditayangkan secar rasmi pada 8 Ogos lalu, ternyata ia telah memberikan satu fenomena yang baharu buat industri animasi negara apabila kutipan ini dilihat setanding dengan animasi dari luar negara. Setakat ini juga, filem ini turut telah mencatatkan jumlah 763,000 penonton hanya dalam masa 5 hari. Tapi Ohmedia tidak pasti samaada ia termasuk jumlah 5 negara lain. Mungkin ia termasuk, memandangkan ia ditayangkan serentak.

Lihat sahaja kutipan pada hari pertama iaitu sebanyak RM1.18 juta dan itu menjadikan kutipan tertinggi bagi filem animasi tempatan untuk hari pembukaan. Ohmedia yakin jumlah ini akan terus meningkat dan Ohmedia menyeru agar semua turut menyokong.

Cuti sekolah masih ada tu, jadi inilah masa terbaik untuk bawa anak-anak, anak buah dan keluarga pergi tonton filem BoBoiBoy Movie 2.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.