Header Ads

B-18 AFF Bantai Indonesia 4-3


Nampaknya skuad bolasepak bawah 18 tahun negara berjaya mempamirkan aksi yang boleh dibanggakan apabila sebentar tadi telah menewaskan pasukan Indonesia 4-3 dalam aksi 120 minit di Stadium Bing Duong.

Ini sekaligus melayakkan pasukan negara mara ke final Kejuaraan Bawah 18 Tahun Persekutuan Bolasepak ASEAN 2019. Pasukan negara boleh diberikan kredit apabila berjaya menidakkan semangat juang pasukan Indonesia yang secara tiba-tiba menunjukkan semangat juang di saat akhir.

Kita pada mulanya telah berjaya permainan pada minit ke-18 apabila sepakan percuma Muhd Mukhairi terbias pertahanan lawan sebelum melambung dan disudahkan dengan tampanan Mohd Aiman Afif Md Afizul untuk skuad negara mendahului 1-0.


Namun, Indonesia berjaya mengikat kedudukan melalui serangan di bahagian sayap dengan kepantasan pada minit ke-44. Pada babak kedua, Luqman Hakim Shamsudin berjaya meloloskan diri daripada pertahanan lawan dan melakukan rembatan kencang pada minit ke-54.

Malaysia dikejutkan dengan dua gol pantas oleh Muhd Fajar Fathur Rahman pada minit ke-80 dan Muhd Muhd Salman Alfarid pada minit ke-82 untuk membolehkan Indonesia mendahului 3-2 sekali gus memberi tekanan kepada pemain negara.

Nasib menyebelahi negara apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-84 dan tandukan Harith pada minit ke-98 memastikan Malaysia mara ke pentas final buat kali ketiga berturut turut.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Dikuasakan oleh Blogger.