Header Ads

Ustaz Ebit Lew Kemalangan, Kereta Tiba-Tiba Dihimpit


Awal pagi tadi telah berlaku satu kemalangan melibatkan penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew dan bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku di Leburaya Utara-Selatan di Seremban.

Kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu dikongsikan oleh Ebit Lew di laman Instagramnya yang mengatakan dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

"Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl".

"Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung".

"Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat".

Dalam pada itu, Ebit Lew juga memohon doa orang ramai dan merasakan semua yang berlaku ada rahmat dariNya.



Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat . Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang. Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah..-ebitlew
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Dikuasakan oleh Blogger.